Thursday, September 23, 2010

Kemerdekaan dan KMS

Pelbagai aktiviti telah diadakan di KMS bagi menyambut sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Antaranya ialah pertandingan portrait kemerdekaan, pertandingan pentomin, pertandingan melafazkan sajak, pertandingan choir antara blok asrama dan lain-lain lagi. Namun, acara yang meriah dan besar ialah majlis Iftar Perdana KMS. Aktiviti diadakan pada petang 30 Ogos 2010, iaitu malam sebelum sambutan kemerdekaan negara kita. Acara dimulakan dengan majlis pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim. Selepas itu, majlis berbuka puasa seluruh warga KMS diadakan. Seterusnya, bagi pelajar muslim, mereka menunaikan solat di surau Al-Sufi manakala bagi pelajar bukan muslim, tayangan video patriotik diakan di Dewan Kuliah Besar 1. Kolej kita juga bangga untuk menjemput seorang tokoh nasionalis untuk memberi satu taklimat khas tentang patriootisme. Majlis ini diakhirkan dengan aktiviti "countdown" merdeka sewaktu jam menunjuk tepat jam pukul 12 tengah malam.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat ditangkap pada malam itu.


 


Aktiviti-aktiviti ini tidak akan berjaya tanpa penglibatan para pelajar. Terima kasih kepada mereka yang melibatkan diri dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah ini.

No comments:

Post a Comment