Pelbagai aktiviti telah diadakan di KMS bagi menyambut sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Antaranya ialah pertandingan portrait kemerdekaan, pertandingan pentomin, pertandingan melafazkan sajak, pertandingan choir antara blok asrama dan lain-lain lagi. Namun, acara yang meriah dan besar ialah majlis Iftar Perdana KMS. Aktiviti diadakan pada petang 30 Ogos 2010, iaitu malam sebelum sambutan kemerdekaan negara kita. Acara dimulakan dengan majlis pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim. Selepas itu, majlis berbuka puasa seluruh warga KMS diadakan. Seterusnya, bagi pelajar muslim, mereka menunaikan solat di surau Al-Sufi manakala bagi pelajar bukan muslim, tayangan video patriotik diakan di Dewan Kuliah Besar 1. Kolej kita juga bangga untuk menjemput seorang tokoh nasionalis untuk memberi satu taklimat khas tentang patriootisme. Majlis ini diakhirkan dengan aktiviti "countdown" merdeka sewaktu jam menunjuk tepat jam pukul 12 tengah malam.
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat ditangkap pada malam itu.
Aktiviti-aktiviti ini tidak akan berjaya tanpa penglibatan para pelajar. Terima kasih kepada mereka yang melibatkan diri dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah ini.
Jiwa Kemerdekaan
Kemerdekaan · Di jiwa semua
Thursday, September 23, 2010
Wednesday, September 22, 2010
Aktiviti Kebangsaan Kemerdekaan
Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-53. Berikut merupakan aktiviti yang telah dan akan diadakan:
BULAN JULAI 2010 | |||||||
| |||||||
BULAN OGOS 2010 | |||||||
BULAN SEPTEMBER 2010 | |||||||
Saturday, September 18, 2010
1 Malaysia, Menjana Transformasi
Tema Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-53 pada tahun ini ialah 1Malaysia Menjana Transformasi.
Transformasi di sini membawa maksud berlakunya proses perubahan hasil inovasi yang bakal memberikan faedah kepada rakyat dan seterusnya melahirkan generasi yang berakhlak terpuji.
“Perubahan minda yang positif perlu ada ke arah pembinaan masyarakat dan negara yang dinamik."
Oleh itu, untuk menjayakan aspirasi kerajaan, kita perlu ada kesediaan serta keberanian untuk berubah ke tahap yang lebih baik.
Tema Sambutan Hari Kemerdekaan
Seperti apa yang kita ketahui, 31 Ogos setiap tahun merupakan hari sambutan kemerdekaan negara kita yang tercinta, Malaysia. Lazimnya pada malam sebelum hari sambutan tersebut, rakyat Malaysia akan menyambutnya dengan aktiviti consert and apabila menjelang pukul 12 tengah malam, aktiviti "countdown" akan disambuti oleh semua. Pada keesokkan harinya, iaitu 31 Ogos, perarakan secara besar-besaran akan diadakan.
Setiap tahun, tema hari kemerdekaan sentiasa berubah dan jom kita imbas kembali tema-tema hari
kebangsaan sebelum ini.
Tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.
1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000- 2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapian Diutamakan
Untuk tahun ini pula, negara kita memilih tema yang berikut:
1 Malaysia, Menjana transformasi.
Sunday, September 12, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)